Ebook "Setup VS Code + Claude Code" membawa anda dari komputer kosong hingga projek pertama siap: install, log masuk, kenal setiap butang, dan bina landing page bersama AI. Walaupun anda tak pernah coding.
Anda dah tengok orang bina salepage dan automasi dengan Claude Code dalam beberapa minit. Bila cuba sendiri, tersekat di langkah pertama.
Penuh istilah teknikal: PATH, CLI, workspace, extension. Tak tahu mula dari mana.
Ikut video, taip arahan, keluar ralat merah. Video tak terangkan kenapa.
Banyak extension guna nama "Claude". Pasang yang salah, ada yang minta API key anda.
Panel penuh butang. Auto? Plan? Diff? Takut tekan, takut fail rosak.
Selepas itu, setiap idea bisnes, sama ada salepage, borang tempahan, kalkulator komisen atau laporan jualan, boleh dibina dengan menaip apa yang anda mahu dalam Bahasa Melayu.
Setiap langkah bernombor, dengan gambar untuk Windows dan MacBook.
Lampiran: 20 prompt pemula • Senarai semak setup • Glosari istilah
← Leret untuk lihat lagi →
Saya Coach Yoi. Dengan setup yang sama dalam ebook ini, saya bina salepage, game, video promo dan sistem autopost untuk bisnes saya sendiri. Halaman yang anda baca sekarang pun dibina dengan Claude Code.
Kedua-dua pautan muat turun dipaparkan sebaik sahaja bayaran berjaya, dan kedua-dua PDF dihantar ke e-mel anda.
Boleh. Ebook ini bermula dari muat turun VS Code. Setiap langkah ada nombor dan gambar. Dalam projek pertama, anda hanya menaip apa yang anda mahu dalam Bahasa Melayu dan Claude yang menulis kod.
Ya. Claude Code tidak termasuk dalam pelan percuma. Anda perlukan sekurang-kurangnya Claude Pro (USD20 sebulan, atau USD17 sebulan jika bayar tahunan) setakat November 2026. VS Code dan Git pula percuma.
Kedua-duanya. Setiap langkah install ada versi Windows dan MacBook.
Ebook utama ini fokus pada setup dan asas Claude Code dalam VS Code. Ebook bonus (65 muka surat) fokus pada automasi bisnes: kandungan, autopost, iklan Meta & TikTok, kawal handphone dan follow-up lead. Mula dengan setup, kemudian sambung ke automasi. Lihat isi penuh.
Selepas bayaran berjaya, anda terus dibawa ke halaman muat turun dengan 2 butang, satu untuk setiap ebook. Kedua-dua PDF juga dihantar ke email anda dalam masa ±5 minit (semak folder Promotions/Spam jika tiada). Fail PDF boleh dibaca di handphone, tablet dan komputer.
Ada. Jaminan 7 hari: jika ebook ini tak bermanfaat untuk anda, balas email pembelian dalam masa 7 hari dan bayaran RM39 dipulangkan penuh melalui Stripe.
Ya. Fakta disemak dengan dokumentasi rasmi pada November 2026. Kedudukan butang mungkin berubah sedikit, tetapi langkah asasnya sama. Ebook ini juga menunjukkan di mana untuk menyemak dokumentasi terkini.